04/02/2018

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kami dari pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ingin memberi sedikit sebanyak maklumat tambahan mengenai penguran arnab.Kami adalah pelajar semester dua dari Jabatan Perdagangan.

Nama kami:
Muhammad Ramzi Rafiq Bin Ramlan (16DAT17F1072)
Mohamad Arif Bin Zulkifli (16DAT17F1047)

Objektif:
a)Cara memilih arnab
b)Adakah ternakan arnab ini susah
c)Bagaimanakah cara menjinakkan arnab?
d)Pegang arnab juga ada cara?
e)Apa perlu buat jika ada anak arnab tetapi induknya sudah mati?

Pemilihan Arnab?

Haiwan peliharaan seperti arnab boleh diperlihara secara mudah jika mempunyai keluasan yang sesuai.Arnab merupakan haiwan yang mudah dilatih berbanding kucing untuk membuang najis di tempat yang khas,anda juga tidak perlu memikir secara sukar dari segi penjagaan pemakanan yang sesuai dengannya.Anda merasa bercakap lebih mudah dari melakukannya?

Baikkalah,saya ingin memberi perkongsian bagaimana memilih arnab yang berkualiti.

Pertama sekali,belilah arnab dari penjual yang menjaga kebersihan reban,reban tersebut mestilah tidak lembab,tidak karat,najis arnab sentiasa terurus,bekas makanan dan minuman mesti bersih seta berkualiti.Ada satu hari,saya pergi ke kedai haiwan di suatu kawasan,saya lihat persekitaran kedai tersebut agak kotor dan saya lihat ramai haiwan yang kotor di jual di kedai tersebut.Jika anda berada disitu,adakah anda ingin membeli haiwan yang dijual?Tepuk dada tanya selera.

Kedua pula adalah belilah arnab tersebut dari orang yang memilih makanan yang berkhasiat sahaja untuk arnab peliharaan mereka.Jangan sesekali beli beli jika penjual memberi daun atau hijauan selain alfafa,timothy & oaten.

Seterusnya,beli dari penjual yang sentiasas menjaga kesihatan arnab.Jangan sesekali membeli jika arnab mereka kotor,ada kesan najis dan bulu arnab yang agak tidak bersih atau kotor.Ingat,bukan kualiti yang perlu dijaga tetapi kesihatan arnab tersebut yang perlu dijaga.

Kita juga perlu lihat jika penjual tersebut memberi pellet yang berwarna sebagai makanan,jangan membeli atau berurusan dengan pembeli tersebut.Hal ini kerana ia mengakibatkan kerosakan buah pinggang arnab mereka dalam masa jangka panjang.

Ingin membuat ternakan?

Pada post dahulu,kita telah membincangkan cara cara memilih arnab yang berkuali.Pada kali ini,saya ingin memberi panduan pula jika kita nak membuat ternakan secara kecil kecilan. Eh tak kan panduan untuk ternakan kecil kecilan sahaja? Ternakan secara besar besaran tak da kah?Sudah tentu ada panduan.Ok kita mula perbincangan kita dari kecil kecilan dahulu barulah besar besaran.


Ternakan kecil-kecilan:

Ternakan arnab boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kumpulan arnab untuk ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor arnab pelbagai peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika dibiarkan bebas, arnab anda mungkin akan beranak sebulan sekali! Untuk tujuan ternakan dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada arnab jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Jika anda memulakan ternakan anda dengan 3 ekor induk betina dan seekor jantan, anda akan mendapat sebanyak 90 ekor anak arnab setahun (purata 6 ekor seinduk sekali beranak dan beranak 5 kali setahun).
Mengawan: Arnab mengawan dalam masa yang singkat, kira-kira 2 saat sahaja. Arnab betina subur sepanjang masa. Oleh itu apabila mengawan, kemungkinan besar ia akan bunting. Arnab bunting selama 30-32 hari. Pada minggu kedua atau ke tiga selepas mengawan, arnab betina akan mula membuat sarang. Jika arnab anda bergerak bebas di atas tanah, arnab betina akan menggali lubang dan membawa rumput untuk membuat sarang. Ini harus diperhatikan kerana biasanya lubang sarang ini akan ditutup semula dan anda tidak tahu. Jangan biarkan arnab anda beranak dalam lubang tanah ini kerana anak-anak arnab biasanya akan mati kerana:
a) digigit semut,
b) dimakan oleh tikus atau kucing dan anjing,
c) lemas ketika hujan lebat.

Sebaik-baiknya, masukkan induk bunting ke dalam kandang pada akhir minggu ke empat. Berikan rumput kering dan letakkan sebuah kotak sarang di dalam kandang itu. Kotak ini boleh diperbuat daripada papan berlantaikan jaring dawai. Saiznya adalah 1.5 x 1 kaki. Arnab anda akan mula menyusun rumput dan membuat sarang di dalam kotak itu. Sehari sebelum ia beranak, ia akan mencabut bulu badannya untuk diletakkan di dalam sarang itu. Anda boleh menyaksikan peristiwa ia melahirkan anak pada hari ke 30 atau 31 selepas mengawan, iaitu sebaik sahaja ia selesai mecabut bulu. Jangan ganggu arnab yang sedang beranak kerana jika ia terperanjat, ia mungkin akan:
a) memakan anaknya,
b) melompat dan terpijak anaknya
c) menghentak kaki belakang (tanda awas) dan secara tidak sengaja       terpijak anaknya.

Panduan:

a) Jika induk kematian semua anaknya selepas 2 kali beranak, ia         tidak sesuai dijadikan induk.
b) Anda boleh bahagikan anak-anak arnab kepada induk lain yang         bilangan anaknya sedikit supaya anak mendapat susu yang cukup.Arnab baka New Zealand white boleh menghasilkan 10-12 ekor anak sementara baka Californian white boleh menghasilkan 8-1 ekor anak. Periksalah anak-anak arnab ini selepas sehari dan buang anak yang mati. Berikan bekalan makanan dan air bersih. Arnab biasanya makan sepanjang masa tetapi lebih banyak makan pada waktu awal pagi dan lewat petang.
c) Seekor induk boleh beranak dengan baik selama 2 tahun. Selepas       itu gantikan dengan induk baru.
d) Arnab boleh menghasilkan daging yang elok selepas berumur 9 atau     10 minggu. Ketika ini dagingnya lembut dan halus. Selepas umur       10 minggu, ia membesar dengan perlahan tetapi kuat makan. Anda       rugi jika menyimpannya terlalu lama.

Ternakan secara besar-besaran:
                
Ternakan secara besar-besaran memerlukan pengurusan dan pemilihan baka serta penjagaan kesihatan yang khusus. Oleh kerana penghasilan anak arnab yang cepat, para penternak seharusnya menentukan jumlah ternakan yang sesuai berbanding dengan permintaan pasaran. Maklumat mengenai ternakan arnab secara besar-besaran boleh dibincangkan dengan pegawai-pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak di tempat anda.

Artikel ini telah diterbitkan sebagai sehelai pamplet dan diedarkan sempena Pesta Rumbia di Pantai Sawangan, Kuala Penyu 14-15 Ogos 1999. Maklumat yang terkandung dalam pamplet ini adalah sebagai panduan ringkas tentang pemeliharaan arnab. Orang ramai yang berminat sebaik-baiknya mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum memelihara arnab samada untuk tujuan binatang kesayangan atau ternakan.

Cara pergang arnab
Ramai yang suka pegang arnab.Tapi adakah anda rasa cara anda pegang arnab itu buatkan arnab tersebut terasa selesa atau sakit? Ini adalah cara cara memegang arnab yang betul


Jadi peganglah arnab dengan cara ini agar arnab tidak rasa sakit dan akan sayang tuan dengan lebih banyak.

Menjinakkan arnab

Saya ingin berkongsi cara menjinakkan arnab.Kenalan saya ada mengadu bahawa dia susah nak menjinakkan arnab yang baru di beli di kedai.

Langkah:

1) Menghadiahkan treats berupa ganjaran kepada arnab sekali-sekala ketika menjenguk arnab di sangkar dan hadiahkan mereka sepotong buah-buahan segar mahupun kering.
Sambil mengusap bulu arnab, berikan mereka treats tersebut. Maka, arnab akan berasa seronok dengan perlakuan tersebut kerana mendapat ganjaran dan kelak akan ternanti-nanti kedatangan kita untuk membelainya.
2) Kerap luangkan masa bersama arnab anda. Lepaskan arnab anda di tempat lapang agar arnab bebas beriadah dan bermain serta belailah anak tersebut.
Jika kita selalu luangkan masa bersama dengan arnab tersebut, pastinya arnab tersebut akan menjadi terbiasa dengan kehadiran kita dan tidak merasa terancam jika kita memegang mereka.
3) Letakkan sangkar arnab di tempat yang tenang dan bebas gangguan cuaca, pemangsa dan bunyi. Jika arnab berasa tidak selamat dengan persekitarannya, maka arnab akan menyerang sesiapa saja yang cuba menghampirinya untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, anda perlulah meletakkan arnab anda di tempat yang tiada gangguan. Jika ada, mungkin arnab anda bukan sahaja bersifat defensive malahan turut boleh mengakibatkan kematian arnab yang stress dan terkejut.

Cara Pegang

Ramai yang suka pegang arnab.Tapi adakah anda rasa cara anda pegang arnab itu buatkan arnab tersebut terasa selesa atau sakit? Ini adalah cara cara memegang arnab yang betul







Jadi peganglah arnab dengan cara ini agar arnab tidak rasa sakit dan akan sayang tuan dengan lebih.

Penjagaan anak arnab

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya ada dapat soalan,ada yang tanya bagaimana nak jaga anak arnab.Ok,hari ini saya ingin membincangkan atau memberi tips tips bagaimana nak jaga anak arnab.

- Anak arnab yang baru lahir tidak mempunyai bulu, buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

-Pada masa ini makanan utamanya ialah susu ibu. Sehinggalah pada umur 14-16 hari, anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

  • Bagi arnab yang melahirkan anak buat kali pertama, kebanyakan anaknya akan mati. Perkara ini merupakan perkara yang sering berlaku kepada arnab yang menjadi ibu buat kali pertama. Hal ini kerana ia masih belum berkemampuan untuk menjaga anak-anaknya secara menyeluruh. Kelahiran berikutnya akan menjadi lebih baik.
  • Pastikan arnab yang baru lahir mendapat susu secukupnya daripada ibu arnab. 
  • Si ibu harus diajar cara untuk menyusukan anaknya. Dalam keadaan ini, pemilik arnab perlu membaringkan ibu arnab di atas riba (sambil menghadap mukanya). Kemudian, letakkan seekor anak arnab di atas perut ibu arnab sambil menyuakan mulut anak arnab pada puting susu ibu arnab. Lakukannya selama 10-15 minit atau sehingga anak arnab itu merasa kenyang.
  • Puting susu akan dilepaskan oleh anak arnab dan ia akan tertidur dengan sendirinya di atas perut ibu arnab apabila ia sudah kenyang. Langkah yang sama dilakukan ke atas anak-anak arnab yang lain.
  • Selepas itu, ibu arnab akan mula menyusukan anaknya dengan sendiri. Sebagai informasi tambahan, arnab merupakan haiwan yang bersifat pemalu. Sebagai contoh, ia tidak akan menyusukan anaknya jika dilihat oleh orang lain. Kebiasaannya, ibu arnab akan menyusukan anak-anaknya dua kali sehari iaitu pada tengah malam dan awal pagi. Pemilik arnab dinasihatkan untuk memantau anak-anak arnab secara kerap supaya dapat memastikan keadaan anak-anak arnab tersebut.
  • Kami menyarankan supaya ibu arnab tersebut diberi alfalfa hay supaya dapat meningkatkan kadar pengeluaran susu.

Kesimpulan

Kesimpulan dari keseluruhan topik yang saya berikan adalah menjaga arnab tidak lah sesusah menjaga kucing kerana arnab ni mudah dilatih.Jika kita mempunyai kawasan rumah yang luas,ianya sungguh sesuai untuk membela haiwan yang comel ini.Kita perlulah memegang arnab dengan cara yang betul agar arnab tidak merasa sakit apabila kita mengangkat arnab dan dapat membuat arnab tersebut mudah mendekati kita.Saranan saya adalah marilah kita membela arnab walaupun seekor kerana arnab ini dapat mencantikkan suasana kawasan rumah kita.Saya harap para pembaca bolehlah mengkongsikan laman web ini atau mengkongsi pendapat anda di ruangan komen.Sekian,Assalamualaikum




Rujukan:
http://miepeatyrabbit.blogspot.my/2009/09/cara2-menjaga-arnab-dan-cara2-ternakan.html