04/02/2018

Ingin membuat ternakan?

Pada post dahulu,kita telah membincangkan cara cara memilih arnab yang berkuali.Pada kali ini,saya ingin memberi panduan pula jika kita nak membuat ternakan secara kecil kecilan. Eh tak kan panduan untuk ternakan kecil kecilan sahaja? Ternakan secara besar besaran tak da kah?Sudah tentu ada panduan.Ok kita mula perbincangan kita dari kecil kecilan dahulu barulah besar besaran.


Ternakan kecil-kecilan:

Ternakan arnab boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kumpulan arnab untuk ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor arnab pelbagai peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika dibiarkan bebas, arnab anda mungkin akan beranak sebulan sekali! Untuk tujuan ternakan dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada arnab jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Jika anda memulakan ternakan anda dengan 3 ekor induk betina dan seekor jantan, anda akan mendapat sebanyak 90 ekor anak arnab setahun (purata 6 ekor seinduk sekali beranak dan beranak 5 kali setahun).
Mengawan: Arnab mengawan dalam masa yang singkat, kira-kira 2 saat sahaja. Arnab betina subur sepanjang masa. Oleh itu apabila mengawan, kemungkinan besar ia akan bunting. Arnab bunting selama 30-32 hari. Pada minggu kedua atau ke tiga selepas mengawan, arnab betina akan mula membuat sarang. Jika arnab anda bergerak bebas di atas tanah, arnab betina akan menggali lubang dan membawa rumput untuk membuat sarang. Ini harus diperhatikan kerana biasanya lubang sarang ini akan ditutup semula dan anda tidak tahu. Jangan biarkan arnab anda beranak dalam lubang tanah ini kerana anak-anak arnab biasanya akan mati kerana:
a) digigit semut,
b) dimakan oleh tikus atau kucing dan anjing,
c) lemas ketika hujan lebat.

Sebaik-baiknya, masukkan induk bunting ke dalam kandang pada akhir minggu ke empat. Berikan rumput kering dan letakkan sebuah kotak sarang di dalam kandang itu. Kotak ini boleh diperbuat daripada papan berlantaikan jaring dawai. Saiznya adalah 1.5 x 1 kaki. Arnab anda akan mula menyusun rumput dan membuat sarang di dalam kotak itu. Sehari sebelum ia beranak, ia akan mencabut bulu badannya untuk diletakkan di dalam sarang itu. Anda boleh menyaksikan peristiwa ia melahirkan anak pada hari ke 30 atau 31 selepas mengawan, iaitu sebaik sahaja ia selesai mecabut bulu. Jangan ganggu arnab yang sedang beranak kerana jika ia terperanjat, ia mungkin akan:
a) memakan anaknya,
b) melompat dan terpijak anaknya
c) menghentak kaki belakang (tanda awas) dan secara tidak sengaja       terpijak anaknya.

Panduan:

a) Jika induk kematian semua anaknya selepas 2 kali beranak, ia         tidak sesuai dijadikan induk.
b) Anda boleh bahagikan anak-anak arnab kepada induk lain yang         bilangan anaknya sedikit supaya anak mendapat susu yang cukup.Arnab baka New Zealand white boleh menghasilkan 10-12 ekor anak sementara baka Californian white boleh menghasilkan 8-1 ekor anak. Periksalah anak-anak arnab ini selepas sehari dan buang anak yang mati. Berikan bekalan makanan dan air bersih. Arnab biasanya makan sepanjang masa tetapi lebih banyak makan pada waktu awal pagi dan lewat petang.
c) Seekor induk boleh beranak dengan baik selama 2 tahun. Selepas       itu gantikan dengan induk baru.
d) Arnab boleh menghasilkan daging yang elok selepas berumur 9 atau     10 minggu. Ketika ini dagingnya lembut dan halus. Selepas umur       10 minggu, ia membesar dengan perlahan tetapi kuat makan. Anda       rugi jika menyimpannya terlalu lama.

Ternakan secara besar-besaran:
                
Ternakan secara besar-besaran memerlukan pengurusan dan pemilihan baka serta penjagaan kesihatan yang khusus. Oleh kerana penghasilan anak arnab yang cepat, para penternak seharusnya menentukan jumlah ternakan yang sesuai berbanding dengan permintaan pasaran. Maklumat mengenai ternakan arnab secara besar-besaran boleh dibincangkan dengan pegawai-pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak di tempat anda.

Artikel ini telah diterbitkan sebagai sehelai pamplet dan diedarkan sempena Pesta Rumbia di Pantai Sawangan, Kuala Penyu 14-15 Ogos 1999. Maklumat yang terkandung dalam pamplet ini adalah sebagai panduan ringkas tentang pemeliharaan arnab. Orang ramai yang berminat sebaik-baiknya mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum memelihara arnab samada untuk tujuan binatang kesayangan atau ternakan.

Cara pergang arnab
Ramai yang suka pegang arnab.Tapi adakah anda rasa cara anda pegang arnab itu buatkan arnab tersebut terasa selesa atau sakit? Ini adalah cara cara memegang arnab yang betul


Jadi peganglah arnab dengan cara ini agar arnab tidak rasa sakit dan akan sayang tuan dengan lebih banyak.

No comments:

Post a Comment