04/02/2018

Menjinakkan arnab

Saya ingin berkongsi cara menjinakkan arnab.Kenalan saya ada mengadu bahawa dia susah nak menjinakkan arnab yang baru di beli di kedai.

Langkah:

1) Menghadiahkan treats berupa ganjaran kepada arnab sekali-sekala ketika menjenguk arnab di sangkar dan hadiahkan mereka sepotong buah-buahan segar mahupun kering.
Sambil mengusap bulu arnab, berikan mereka treats tersebut. Maka, arnab akan berasa seronok dengan perlakuan tersebut kerana mendapat ganjaran dan kelak akan ternanti-nanti kedatangan kita untuk membelainya.
2) Kerap luangkan masa bersama arnab anda. Lepaskan arnab anda di tempat lapang agar arnab bebas beriadah dan bermain serta belailah anak tersebut.
Jika kita selalu luangkan masa bersama dengan arnab tersebut, pastinya arnab tersebut akan menjadi terbiasa dengan kehadiran kita dan tidak merasa terancam jika kita memegang mereka.
3) Letakkan sangkar arnab di tempat yang tenang dan bebas gangguan cuaca, pemangsa dan bunyi. Jika arnab berasa tidak selamat dengan persekitarannya, maka arnab akan menyerang sesiapa saja yang cuba menghampirinya untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, anda perlulah meletakkan arnab anda di tempat yang tiada gangguan. Jika ada, mungkin arnab anda bukan sahaja bersifat defensive malahan turut boleh mengakibatkan kematian arnab yang stress dan terkejut.

No comments:

Post a Comment